Salam everyone,
After a few weeks, alhamdulillah Allah telah memberi saya kesempatan utk update blog yang dah lama tak di-update dgn post2 baru. Seperti yang dihebohkan, kami penduduk Malaysia yang berada di Brisbane telah diuji dengan kejadian banjir. (satu peristiwa yang tak pernah saya alami ketika di Malaysia).
Tuhan saja yang tahu pengalaman saya mcm mana. Alhamdulillah, rumah saya tak kena. rumah kawan2 je kena. ingin saya sertakan kronologi perjalanan hidup saya ketika banjir di sini. Sama-samalah kita menilai
11/01/2011:
10.33am- saya terima email drpd lab saya yg menyatakan bhw lab akan bertukar ke “weekend” mode selepas 12noon. Sebabnya semua receptionist dah balik rumah sebab area rumah diorg kena evacuate.
12.50noon- saya balik dari lab setelah kemas2 experiment saya. dalam hati mengatakan esok mungkin tak dapat pergi lab sbb banjir mungkin melanda St Lucia (area rumah kami & uni)
Ni antara gambar yang saya ambil sepanjang on the way to home. hujan time tu memang lebat yang luar biasa.

Before Flood @Warren st, St Lucia
3.00pm: ada junior call, tanya if my house is available utk diorg tumpang bermlm sbb landlord rumah diorg ckp area sir fred schonell drive kena evacuate.
Ni map st lucia:

Yang merah tu sir fred schonell. saya dduk warren st. tapi yg dekat dgn carmody rd
5.00pm: a few girls brmlm di rmah saya. total of us 6 ppl. kami on tv. just to make sure nk update drpd brisbane council. in the mean time girls tu semua smpt bawak mknn, pkaian & documents penting. mana yg termampu.
8pm: dapat tahu yg electricity will be cut off tmr morning at 8am. kwsn sir fred schonell yg rndah dinaiki air paras betis. air dah melimpah daripada brisbane riverbank. citycat terminal dah tenggelam.
9pm: kami start memasak bahan basah sebanyak yang mungkin. utk bekalan esok.also, kami masak air sampai 20 litre. maklumlah utk 6 org. 4 pile kami isi dgn air paip just in case air kena cut juga.
12/01/2011:
5am: saya pergi meninjau keadaan banjir di kawasan sekeliling.
Antara kwsn yg dh tinggi air dia:
1. corner sirfred-warren st
2. corner sirfred-durham st
3. corner sirfred-mitre st
4. downhill brisbane st
5. macquarie st
6. munro st
7. corner munro st & carmody
8. corner gailey rd & sirfred
then terjumpa dgn postgrad msia. (rumah opposite rumah saya) garage mereka dah dinaiki air. mereka ckp from 3am-3.3am naek 1 metre. air naik laju wlaupn tak nmpk sgt.
saya dah cuak. bukan apa. rumah saya alhamdulillah tinggi. insyaAllah tak kena banjir tapi takut kami stranded kat tgh2. jadi saya cari2 juga rumah lain yg lagi dekat dgn groceries & tak affected. alhamdulillah jumpa satu rumah kat central avenue. rumah kwn chinese yg balek msia.
thrill juga nak masuk rumah ni. knci rumah dia kami takde. tapi nasib baik ada tingkap tak kunci. so saya panjat ladder & bukak pintu dari dlm. kami pindah naik kete. ada 2 kete kami jaga so kami bawa kete & makanan utk stok 3-4 hari.
13/01/2011:
930am: kami ke groceries, top-up roti and beli ubat2-an sebab ada antara kami dah jatuh sakit. mungkin sebab penat sgt. hari dah tak hujan alhamdulillah. kami doa sgt2 jangan jadi mcm 1974. sbb government predict banjir mungkin lagi teruk dr 1974. at the same time. kami jimat guna phone. sms & fb & call kami dah tak dpt nk entertain. byk dh sms masuk ckp risau kami tak update pape.
12noon: mengikut laporan hari ni mungkin the highest level flood. after 3-4 tides. air kat dam pun dah keluar.
3pm: kami terima panggilan dr sister yang berasal dr india. dia ada dapur tp guna gas so she invited us to come & cook sbb dia pun nak habiskn bahan bsh dia. kami masak nasi briyani. alhamdulillah rezeki Allah.
9.30pm: ada a few of us terdengar bunyi dentuman dr luar rumah. cuak juga sbb kami semua pmpn. tapi stlh di investigate alhamdulillah mungkin possum yg bermain2 di luar.
14/01/2011:
9am: air mcm dah makin surut. jadi kami decide utk balik ke rumah saya semula. mungkin ramai setuju sbb pngalaman mlm smlm..hhehe..alhamdulillah.
ada kwn2 yg balek ke rumah mereka utk melihat keadaan rumah & ambil brg2 mentah diorg yg tak sempat di ambil. so harini kami masak besar lagi. dengan menggunakan stove camping. rezeki tuhan bagi.
kami ke uni sebab uni masih ada internet & electrik jadi kami update & charge phone. sambil tu kami ke rumah kwn2 yg jadi mangsa banjir. kami ambil gmbar utk bgtau mereka keadaan rumah mreka.
15/01/2011:
Kami start tolong bersihkan rumah2. dimulakan dengan rumah di the Manors. tapi penatnya masyaAllah..hahaha sempat kemas satu rumah je.
16/01/2011:
Kami bersihkan rumah dekat carr st. sambil tu alhamdulillah ada pertolongan dr segi mknn & tenaga kerja drpd org arab & blik gerakan banjir msia sendiri yg ditubuhkan oleh mangsa banjir msia di qld. pembersihan rumah bukannya senang.tapi syukurlah…
i am proud to be a queenslander. sebabnya: ramai volunteers datang tolong bersihkan. most rumah takes 3 days to clean-up everything. what an incredible-fast recovery. tak kisah org putih ke sapa ke. kami sama2 gotong royong. army pun ada. makcik2 & kakak2 pun ada offer kami muffin & sandwich. seronok tak terkira…bila dapat feel ukhuwah & persaudaraan wlaupn berlainan agama.
alhamdulillah. itulah kisahnya saat2 genting kami di sini. di sebalik kisah banjir ini, banyak hikmah yang tersembunyi. tidak keterlaluan saya katakan saya rindu saat2 banjir itu. wlaupn parents takde di sini. kami survive sendiri alhamdulillah. buat keputusan mengikut penilaian sendiri. masing2 support each other.
moga sama2 kita ambil iktibar daripada kisah saya. akan saya kongsikan gambar2 flood di sini. insyaAllah jika masa mengizinkan.